KARNIVAL KESIHATAN DI KG. SG KECHIL, SEBERANG PRAI SELATAN.

KARNIVAL KESIHATAN DI KG. SG KECHIL, SEBERANG PRAI SELATAN.

Berkolaborasi dengan NGO Islamic Relief Malaysia, Affin Islamic Bank, Masjid Sg Kechil, JKKK Sg Kechil dan KOSPEN Kpg Besar, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang telah bersama-sama berjaya melaksanakan program Karnival Kesihatan untuk masyarakat di kampung Sg Kechil Seberang Prai Selatan. Terimakasih kepada semua pihak yang menyumbang ke arah kejayaan program ini.

HADIAH BUKU KEPADA PARA ADMIN GIG.

HADIAH BUKU KEPADA PARA ADMIN GIG.

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang telah menghadiahkan sebuah buku kepada para admin Grup Ihsan Gaza (GIG). Buku tersebut bertajuk Zionis Isreal, saat kehancurannya semakin dekat karya Tuan Shafie Abdul Rahman Semoga beroleh manfaat dan terimakasih kepada Tuan Shafie Abdul Rahman atas penulisan beliau.

PROGRAM CELIK CPR

PROGRAM CELIK CPR

Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Program Celik CPR yang telah berjaya memikul amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memberi makna kepada kerja-kerja kebajikan yang lebih meluas. Untuk Zon Utara PERMUAFAKAT merancang akan mengadakan program seumpama ini pada awal tahun 2018, InShaa Allah.

MAJLIS TADABBUR ALQURAN MUSLIMAT.

MAJLIS TADABBUR ALQURAN MUSLIMAT.

Kuliah tadabbur Al Quran untuk muslimat akan diadakan pada hari ini. Kepada yang berdekatan jom sertai majlis ini. GIG | Grup Ihsan Gaza

PROGRAM TEMUKENAL PARA MUDIR SEKOLAH AGAMA RAKYAT PULAU PINANG.

PROGRAM TEMUKENAL PARA MUDIR SEKOLAH AGAMA RAKYAT PULAU PINANG.

Alhamdulillah, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (PERMUAFAKAT) dan Yayasan Ummah Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Program Temukenal di antara Mudir-mudir Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang bersama Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pada 24 September yang lalu. Tujuannya adalah bagi membolehkan YB Ketua Pembangkang memahami segala permasalahan yang dihadapi oleh Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) ini. Diharapkan semua pihak akan memperolehi manfaat daripada pertemuan ini. Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program…Keep Reading

MAKLUMAN PROGRAM CELIK CPR.

MAKLUMAN PROGRAM CELIK CPR.

Khas kepada mereka yang berada di Bandar Country Homes, Rawang atau yang berdekatan dengannya. Jangan lepaskan peluang menambah ilmu. PENYERTAAN PERCUMA.

CERAMAH SANTAI OLEH SAHIBUS SAMAHAH DATUK MUFTI WILAYAH.

CERAMAH SANTAI OLEH SAHIBUS SAMAHAH DATUK MUFTI WILAYAH.

Majlis Ilmu bersama Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan akan diadakan : Lokasi : Masjid Sembilang, Seberang Jaya Tarikh : 16 September 2017 (Sabtu) Masa : Selepas solat Asar Harap SHARE | SEBAR

SEMBAH TAKZIAH

SEMBAH TAKZIAH

SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN KDYMM SULTAN KEDAH. Al-Marhum Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, DMN GCB KStJ (28 November 1927 – 11 September 2017)

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2017

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2017

Semoga kejayaan mengiringi semua calon UPSR 2017. SELAMAT MAJU JAYA ADIK-ADIK

MAJLIS IBADAH QURBAN GAZA 1438H@2017M.

MAJLIS IBADAH QURBAN GAZA 1438H@2017M.

Program Ibadah Korban 1438H telah dilaksanakan di Gaza Palestin. Alhamdulillah kira-kira 500 buah keluarga telah dapat disantuni dengan sembelihan ini. Terimakasih kepada para peserta yang menjayakan program tahun ini.

MAJLIS IBADAH QURBAN BERSAMA PELARIAN ROHINGYA 1438H@2017M

MAJLIS IBADAH QURBAN BERSAMA PELARIAN ROHINGYA 1438H@2017M

PERMUAFAKAT telah melaksanakan ibadah qurban bersama pelarian Rohingya di Kampung Surau Seberang Jaya dan Kampung Tok Panjang Bukit Mertajam secara bergotong royong pada 1 September 2017. Terima kasih kpd semua yg menjayakan program ini.

SALAM AIDIL ADHA 1438H.

SALAM AIDIL ADHA 1438H.

SALAM AIDIL ADHA 1438H. 10 Zulhijah 1438H bersamaan 1 September 2017M.